GST: Mahkamah benarkan permohonan PETRONAS batalkan bil tuntutan Kastam
- RDS Project
- Aug 29, 2022
- 1 min read
Updated: Feb 28, 2024
25 August 2022
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh PETRONAS untuk membatalkan Bil Tuntutan (BOD) yang dikeluarkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bagi dakwaan bayaran kurang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) berjumlah hampir RM15 juta.
Hakim Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dalam keputusannya menerusi prosiding dalam talian, memutuskan bahawa JKDM tersilap dalam menaikkan BOD berhubung barangan yang dieksport ke luar negara.
Peguam S Saravana Kumar yang mewakili PETRONAS berkata, dalam hujah untuk membatalkan BOD, mahkamah juga membuat pengisytiharan bahawa pembekalan etilena oleh PETRONAS kepada Idemitsu SM (Malaysia) Sdn Bhd (ISM) adalah eksport dan bukan bekalan yang dibuat di Malaysia selaras dengan tujuan dan semangat Akta GST 2014.
Peguam itu berkata, pada Disember 2020, JKDM mengeluarkan BOD, mendakwa bahawa pembekalan etilena yang dibuat oleh PETRONAS kepada ISM adalah "bekalan buatan Malaysia" dan bukan eksport.
"Ini walaupun etilena dihantar kepada pembeli luar negara dan pergerakan etilena itu disokong oleh pengisytiharan eksport (Borang K2) yang diserahkan kepada JKDM," kata Saravana Kumar.
Menurut beliau, pertikaian itu bergantung terutamanya di bawah Seksyen 17(1)(b) Akta GST memperuntukkan bahawa sebarang pembekalan barang yang dieksport adalah pembekalan berkadar sifar, dan tidak boleh dikenakan GST. - BERNAMA
Related Posts
See All30 October 2023 KUALA LUMPUR: The High Court here has allowed Bersatu to challenge the Malaysian Anti-Corruption Commission’s (MACC)...
30 October 2023 PETALING JAYA: The Kuala Lumpur High Court has allowed Bersatu to challenge the Malaysian Anti-Corruption Commission’s...
22 August 2023 KUALA LUMPUR (Aug 22): The High Court on Tuesday (Aug 22) granted Tenaga Nasional Bhd’s judicial review application to set...
Comments